BLOG INDAH FARM

7 Cara Guna Minyak Sapi (Ghee) dalam Masakan Harian

Kad Indah Farm: 7 cara guna minyak sapi, Ria Ghee untuk masakan harian, WhatsApp 018-323 2220

Ramai orang simpan minyak sapi di dapur untuk masak nasi minyak masa kenduri sahaja, kemudian balang itu terlupa di dalam almari. Sebenarnya minyak sapi (ghee) sangat mudah digunakan setiap hari. Di Indah Farm, Rantau, kami membuat Ria Ghee secara tradisional, dan ini 7 cara guna minyak sapi dalam masakan harian yang kami sendiri amalkan.

Balang kaca berisi minyak sapi (ghee) keemasan dengan pelekat 'Thank you for your order' di penutup
Balang Ria Ghee yang siap untuk dihantar kepada pelanggan.

Kenapa guna minyak sapi?

Minyak sapi ialah lemak susu yang telah dimasak perlahan sehingga air dan pepejal susu terpisah. Hasilnya minyak keemasan yang wangi dan tahan lama. Aroma inilah yang membuatkan nasi minyak, kuih India dan roti canai terasa “lain macam”. Sedikit sahaja sudah cukup untuk naikkan bau masakan.

7 cara guna minyak sapi setiap hari

  1. Nasi minyak atau nasi beriani ringkas – tumis bawang, halia dan rempah ratus (kayu manis, bunga lawang, buah pelaga) dalam 2 sudu besar minyak sapi sebelum masukkan beras. Bau rempah akan “terkunci” dalam nasi.
  2. Nasi panas + sedikit ghee – cara paling mudah. Letak ½ sudu teh minyak sapi di atas nasi panas bersama dal atau sambar. Ini cara biasa dalam masakan India.
  3. Roti canai, capati dan tosai – sapu nipis minyak sapi pada capati atau tosai yang baru siap. Permukaan jadi lembut dan wangi.
  4. Tumis sayur dan dal – guna minyak sapi untuk tumisan (tadka) biji sawi, jintan dan daun kari sebelum dituang ke atas dal. Satu sudu besar sudah cukup untuk satu periuk.
  5. Kuih dan manisan – kesari, halwa, payasam dan laddu memang lebih sedap dengan ghee. Goreng kacang gajus dan kismis dalam minyak sapi sebelum dimasukkan ke dalam payasam.
  6. Telur dadar dan roti bakar – ganti mentega dengan sedikit minyak sapi. Telur jadi lebih wangi dan tidak cepat hangit.
  7. Bubur dan oat pagi – setitik minyak sapi dalam bubur nasi atau oat susu memberi rasa lemak yang lembut. Untuk oat susu, guna susu segar yang telah didihkan.

Tips simpan minyak sapi

  • Sentiasa guna sudu yang kering dan bersih. Air atau sisa makanan boleh merosakkan minyak sapi.
  • Tutup balang rapat dan simpan di tempat sejuk, jauh dari dapur gas dan cahaya matahari.
  • Minyak sapi boleh jadi pekat atau cair mengikut suhu bilik. Itu perkara biasa.

Nak tahu bagaimana ghee dibuat secara tradisional? Baca artikel kami: What Is Ghee and How Is Traditional Ghee Made?

Harga Ria Ghee

Ria Ghee botol kecil: RM21. Saiz lain dan pesanan pukal untuk restoran: tanya harga melalui WhatsApp. Kami juga menghantar ke restoran di Selangor dan KL 2–3 kali seminggu, dengan penghantaran percuma untuk pesanan minimum RM50. Untuk restoran, lihat juga pembekal ghee dan paneer untuk restoran.

Soalan lazim

Adakah minyak sapi sama dengan mentega?

Tidak. Mentega masih mengandungi air dan pepejal susu. Minyak sapi ialah lemak susu yang telah dimasak sehingga air dan pepejal itu dibuang, sebab itu ia lebih tahan lama dan sesuai untuk menumis.

Berapa banyak minyak sapi perlu digunakan?

Sedikit sahaja. Untuk nasi panas, ½ sudu teh sudah cukup. Untuk nasi minyak, kira-kira 2 sudu besar untuk 2 cawan beras.

Bagaimana nak tempah Ria Ghee?

WhatsApp atau telefon kami di 018-323 2220. Tempah sebelum 8 malam untuk penghantaran esok pagi di kawasan Seremban, Senawang, Rantau, Nilai dan Lukut.

Indah Farm – No. 38-A, Jalan Besar, Rantau, Negeri Sembilan. 📲 WhatsApp / Call: 018-323 2220

Nak cuba susu segar Indah Farm?

Susu lembu segar RM7/kg, dihantar setiap pagi ke Seremban, Senawang, Rantau, Nilai & Lukut. Tempah sebelum 8 malam.

←

2 responses to “7 Cara Guna Minyak Sapi (Ghee) dalam Masakan Harian”

  1. […] ada ghee di rumah? Cuba 7 cara guna minyak sapi dalam masakan harian untuk idea mudah di dapur […]

    Like

  2. […] semangkuk raita timun yang dibuat dengan tairu (curd) sejuk. Kalau anda suka mencuba, lihat juga 7 cara guna minyak sapi dalam masakan harian untuk idea […]

    Like

Tinggalkan Jawapan